Pages

Tuesday, June 4, 2013

Art 3 : Digital Painting 3

Assalamualaikum deary bloggie,

hari ini actually semalam aku dah pun siapkan satu lagi digital painting. Kali ni aku try guna paint tool sai...tp separuh dah warna guna photoshop... selebihnya guna SAI... software ni memang memudahkan aku bagi kerja2 mewarna...memang best lah... ok...tanpa berceloteh panjang lebar... jom tengok artwork aku kat bawah ni. Enjoy...


actually yang ni pun tak siap shading lagi.. sebabnya penyakit 'M' sudah mari...hehe...so aku akan sambung dilain masa...

Monday, April 15, 2013

Art 2 : Digital Painting 2

Assalamualaikum Deary Bloggie,

Hari ini aku dah siapkan satu lagi digital painting yang di request oleh Roa Klye.. hurm..tapi agak tak berapa bagus sebab part mata tak menjadi sangat.. So, jom tengok macam mana rupa digital painting yang ke 2 ni...


Hasil keje aku kali ni agak messy sket aku tengok.. huhuu.. need to improved more.. lagi pun mood aku nak mewarna dah agak suam2 je ni.. need to get a mood to have fun with colors.. Lepas ni nantikan pula digital painting yang ke 3... ^_^.. Go..Go..chaiyok!!

Sunday, April 14, 2013

Scene 7 : Pengalaman Amek Lesen

Assalamualaikum and selamat sejahtera deary bloggie,


Hari ni hari kedua latihan motosikal.. owh..hari ni aku nak bagitahu kat korang2 semua.. bahawa hari ini i'm getting better.. heheh... hari ini aku jalan kat titi masih tak lepas lagi..tapi tiba dekat kon ngan break emergency tu aku pass... then part 3 pun aku ok je.. actually tak susah pun latihan ni...cuma kena ingat step dan pada aku yang susahnya masa nak jalan kat titi tu jelah.. aku rasa aku kena lebih fokus sbb biasa aku buat kat jalan2 sempit masa menunggang skuter aku tu ok je.. takkan bawak motor manual ex5 tu tak boleh pulak kan... cuma kena biasakan lagi guna motorsikal manual ni... otak aku kena fokus pada kaki pulak.. 

Owh ya,..lepas ni aku dah boleh amik ujian QTI..untuk pre test memandu kereta.. hope everthing gonna be ok..dan pass lah..inShaa Allah.


Saturday, April 13, 2013

Scene 6 : Pengalaman Amek Lesen

Assalamualaikum and selamat sejahtera deary bloggie,

Hari ini merupakan hari pertama kelas menunggang motosikal. Aku ni dah biasa bawak motor automatik tetiba nak kembali kepada manual...hadoi laa..memang bermasalah sikit masa nak start enjin dan brek, gear. Kepala otak aku ni da macam fokus kat tangan je.. ye lah kan biasa bawak skuter aku tu brek kat tangan pastu mana payah nak tekan gear pe sume.. pulas minyak je jalan.. easy men easy.. Tapi kenapalah masa nak amik lesen motosikal ni takde plak yang guna auto..heheh..sebab aku nanti akan bawak motor auto gak... hmm...tapi nak wat macam mane kan..nak tak nak pun kena lalui jugak latihan ni.. 

Mula-mula tu memang aku rasa aku ni macam orang yang baru belajar bawak motor.. aku bawak motor pun macam terhuyung hayang je.. pastu aku kekadang asyik nak guna brek tangan je sebab dah terbiasa.. kaki aku pulak tak reti2 nak tekan brek kaki...huhuu.. memang bermasalah sampai kaki aku sakit asyik terlanggar pemijak motor tu.. aku tak pastilah motor tu yang membuatkan aku bermasalah atau pun aku sendiri.. Nak kata aku tak reti bawak motor.. dah sampai kampung pun aku bawak skuter aku tu.. 

Hari ini, masa jalan kat titi tu..memang aku fail lah sebab aku terhuyung hayang masa kat atas titi... entah macam mana la badan aku yang tersenget.. patutnya aku yang kawal motor tu..tapi ini macam motor tu yang kawal aku..heheh... ape pun aku tak boleh give up.. aku kena teruskan juga latihan ni sampai aku berjaya.

Friday, April 12, 2013

Art 1: Digital Painting

Assalamualaikum Deary Bloggie,

Yes...akhirnye siap jugak lukisan digital aku. Start hari Rabu malam yang lepas aku buat, semalam aku tak sambung mewarna tapi hari ni aku dah siapkan sepenuhnya.. Malas dah nak touch up lagi lukisan ni,,ala kadar saja sesuai sgt bagi mood malas.. hehee... tapi jadi jugakkan lukisan aku ni. Nak tengok ke?Meh..meh..nak tunjuk ni..


Haa.. amacam, ok tak?. Memang banyak benda tak perfect.. sbb malas nak touch up lagi... and aku pun tak reti sgt nak main tones warna ni.. so macam ni je lah jadinya...memang hancur sket dari segi kombinasi warna, shadownye... tang bibir tak bape sempurna..tapi ape pun...hentam je lah labu...nanti-nantilah touch up balik...

Sunday, April 7, 2013

Scene 5 : Pengalaman Amek Lesen

Assalamualikum deary bloggie,

Hari ni merupakan hari terakhir belajar memandu kereta.. Alhamdulilah hari ni semuanya getting better. Part berhenti atas bukit pun da boleh dah hari ni.. Hehe..mula2 je lah agak kelam kabut gak...pastu aku cuba kawal clutch supaya tak terlepas mase aku tarik handbrake tuh.. and everything going well.. Tapi belum boleh nak puas hati lagi sebab lepas ni kena buat pre-test plak.. Lepas lulus pre test tu barulah boleh g amik ujian ngan JPJ pula.. Mintak2lah Allah permudahkan segala urusan aku nanti. Amin...

Saturday, April 6, 2013

Scene 4 : Pengalaman Amek Lesen

Assalamualaikum deary bloggie,

Huhuuu...hari ini kali ke 3 belajar bawak kereta. Hari ini aku belajar selama 3 jam. Hari ini jugak aku kepanasan sebab belajar dari pukul 10 pagi sampai pukul 12.30...fuh...fuh...dan fuh lagi. Hari ini aku belajar bawak kete ke jalan A dan B... kat sini ok sket la.. pastu tiba tang belajar naik bukit kat litar hari ni banyak kali fail.... aduss...dus...dus... aku pun tak tahu nape hari ni asyik mati enjin je...aku asyik terlupe nak tahan clutch and jaga minyak dan tarik handbrake.. dus..dus... pakcik yg jd cikgu aku tu sabo jelah agaknye.. dia aku tgk mcm nak marah dah td sebab aku kat atas bukit tak lepas2 sampai asyik beberapa kali hidupkan enjin.. huhuu... minta maap ajelah ye..sbb aku ni budak baru belajar...agak lembab sket nak biasakan diri nak kawal 3 benda.. ( minyak, clutch and brek tgn )... 

Harap2 esok aku semakin ok... sebab aku rase part 3 penjuru a.k.a jalan mati ngan parking tu aku da ok sket... rase boleh lepas kot.. huhuu.. cuma naik bukit ni aku tak pandai lagi nak kawal 3 benda tu.. hope esok aku lepas la bahagian bukit tu... rase mcm tetiba nak give up pun ada ni... tp mujurlah ade org bg semangat...hehee.. Gambatte !!.. Gambatte !!...