Pages

Saturday, March 30, 2013

Scene 3 : Pengalaman Amek Lesen

Assalamualikum deary bloggie,

Kelas kedua aku actually aku da tak berapa nak igt sgt pebenda yang belajar hari ni sebab aku update post ni pun selepas kejadian..hehee.. Kire sekarang ni aku macam kembali ke masa kejadian berlaku lah...

Hari ini aku rasa cikgu suh aku jalan kat jalan A...pastu balik semula ke litar then buat latihan naik bukit.. haa masa ni lah aku naik bukit masa nak turun tu beberapa kali tak lepas asyik mati enjin je.. sebabnya aku terlepas clutch and ada masa tu aku tak boleh nak kawal clutch...then handbreak tak tarik.. adoi... penin gak kepala and risau nanti aku gagal part yang ni.. tapi keep trying and dont give up lah.. aku cuma untuk naikkan semangat untuk teruskan latihan tu... demi nak dapatkan lesen P..huhuu..

Saturday, March 23, 2013

Scene 2 : Pengalaman Amek Lesen

Assalamualikum and selamat sejahtera deary bloggie,

Hari ini merupakan kelas memandu kereta yang pertama, hari ini belajar pusing-pusing dekat kawasan litar latihan memandu. Pastu g belajar parking kereta.. Cikgu ajar dan terangkan cara yang betul untuk parking.. Alhamdulilah aku dapat buat dengan baik.. aku rasa part ni tak susah cuma kena ingat step-step je.. hehe..

So far, hari ini belajar parking dan 3 penjuru (jalan mati)...haa part 3 penjuru ni aku tak bape pass sgt sbb kadang2 tu terlebih kedepan la, laju sangatlah...pastu aku tak tengok betul2 garisan kuning time nak membelok tu. Tapi apa pun semuanya aku rasa ok je.. cume kena praktice selalu baru lah kita leh advance kan..

Saturday, March 9, 2013

Scene 1 : Pengalaman Amek Lesen

Assalamualaikum Ola Oli Deary Blogger,

Post pertama aku untuk blog baru aku ni adalah tentang pengalaman aku mengambil lesen motokar dan motosikal. Bagi adik-adik, abang-abang, akak-akak kat luar sana mesti pernah mengalami rasa takut dan cemas masa nak belajar memandu kan?. Lebih-lebih lagi yang tak pernah tahu macam mana cara nak memandu dengan betul. Untuk amik lesen motosikal aku takde masalah sebab aku dah tahu menunggang motosikal. Dah ada motosikal sendiri pun namanya "JENNY " .. keh..keh..keh...( Mesti ade yang nak kata, motosikal pun nak letak nama ke?).. Aku peduli apa, suka hati akulah kan asalkan aku bahagia. :)

Selepas selesai part 1 dan 2 iaitu proses untuk mendapatkan lesen L. First time aku belajar memandu kereta ialah masa kelas amali kereta. Perasaan agak cemas dan takut pun ade bila pakcik yang jadi cikgu memandu tu suruh aku memandu. Salah satu sebabnya ialah aku memang tak pandai memandu kereta. Jadi susah sikit la bagi aku yang baru first time nak memandu ni. Masa tu macam nak balik je and rasa macam nak cancel amik lesen memandu motokar nih. Tapi mana boleh nak patah balik sebab dah alang2 amik dua2 lesen tu. Baik ler teruskan aje. Rase nyesal pun ade gak ni..hehe.. kalau tahu baik aku amik lesen motosikal dulu. Dah settel baru amik lesen motokar. Cis2..Tapi takpelah harap2 nanti aku boleh memandu dah. 

First thing yang pakcik tu ingatkan aku adalah tentang ape yang perlu dibuat sebelum memandu dan second thing dia ajar aku macam mana nak kawal clutch, stereng...pebenda semua tu la.. untuk beberapa jam...keje aku cuma jalan pusing2 je.. aku tak boleh lagi nak kawal stereng masa membelok / pusingan U... memang asyik mati enjin je bila aku terlupa nak tekan clutch.. Fuh, hari ni memang berpeluh2 gak la nak habiskan masa dengan berlatih memandu. 


Nasib baik juga dapat cikgu yang tak garang. Kalau tak mesti dah sedih aku kena marah. Okla setakat ini saja cerita untuk hari ini. Adios.